Friday, October 14, 2011

Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2011

Anjuran: Persatuan Sejarah Malaysia
Dengan kerjasama: KPM

Kategori: Tingkatan 1- 3 (berkumpulan - tidak melebihi 3 orang sahaja)
Tajuk karangan: (Pilihan)
1. Seorang tokoh tempatan di kawasan anda yang belum diterbitkan sebuah buku sejarah hidupnya. Karya tersebut hendaklah mempamerkan kepentingan, sumbangan dan jasa setempat.
2. satu peritistiwa penting/bersejarah yang pernah berlaku di tempat anda.
3. sebuah bangunan/binaan, tinggalan atau satu tempat bersejarah di tempat anda.
4. sebuah institusi/pertubuhan tempatan (selain sejarah sesebuah sekolah) yang berkaitan dengan aktiviti kemasyarakatan seperti hal keagamaan, kebajikan, pendidikan, sukan, kesenian, pertubuhan, sukan, kesenian, pertubuhan belia dan lain-lain yang terdapat di tempat anda.
5. sebuah organisasi atau sesuatu aktiviti yang berkaitan perkembangan ekonomi di tempat anda seperti sebuah ladang atau satu usaha pertanian/penternakan, kilang perusahaan, bank, syarikat kerjasama, syarikat pengangkutan, syarikat perniagaan dan lain-lain kegiatan berkaitan, yang memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat dan pembangunan tempat anda.

* Karangan sekitar 1500 hingga 3000 patah perkataan.
* Sertakan tidak kurang 4 lukisan (bukan gambar foto/fotostat) berukuran minimum setengah kertas A4 diletakkan pada muka surat yang sesuai untuk menggambarkan senario yang terdapat dan seterusnya menghidupkan suasana dalam karangan tersebut. Peserta dibenarkan mendapat kerjasama pihak yang mempunyai kebolehan melukis. Nama pelukis hendaklah dinyatakan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya itu.
* Tarikh tutup: 29 Oktober 2011
* Hadiah:
1. Tempat Pertama: RM 1500.00
2. Tempat Kedua: RM1250.00
3. Tempat Ketiga: RM1000.00
4. Saguhati: 12 hadiah X RM200.00

Sila berhubung dengan Pn. Nora Muhamad dengan segera. Jangan lepaskan peluang ini!!

No comments:

Post a Comment