Perasmian Bulan Sejarah & Kemerdekaan 2010

Filed under: by: Nora Muhamad




















































Tema: 1 Malaysia Menjana Transformasi
Majlis Perasmian: 3 Ogos 2010
Bulan Sejarah: 3 Ogos - 17 September 2010
Aktiviti Panitia:

  1. Kuiz Kemerdekaan
  2. Tayangan Video Sejarah & Kemerdekaan
  3. Sudut Sejarah
Guru Sejarah:
  1. Pn. Khaslinda binti Lahuri (Ketua Bidang Sains Sosial)
  2. Pn. Tengku Nurhana binti Tengku Sulaiman (Tingkatan 5)
  3. En. Zailani bin Taib (Tingkatan 5)
  4. Pn. Norazimah binti Jusoh (Tingkatan 4)
  5. Pn. Nora binti Muhamad (Tingkatan 3)
  6. Pn. Nur Dalila binti Yusof (Tingkatan 2)
  7. Pn. Shahrimah binti Mashahrin (Tingkatan 1)

Persiapan Menyambut Bulan Kemerdekaan

Filed under: by: Nora Muhamad

Terima kasih kepada semua pelajar membantu guru-guru dalam menyambut bulan sejarah dan kemerdekaan.

Kerja Kursus Sejarah PMR 2010

Filed under: by: Nora Muhamad

Penilaian kursus sejarah berdasarkan elemen berikut:

  1. Elemen 1 ~ Mengumpul fakta sejarah
  2. Elemen 2 ~ Merekod fakta sejarah
  3. Elemen 3 ~ Penerapan unsur patriotisme

Tugasan 1 ~ Satu perayaan tradisi kaum di Malaysia.

Tugasan 2 ~ Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Tempoh~ Februari hingga Julai

Tema Hari Kemerdekaan 2009 Ke 52

Filed under: by: Nora Muhamad

Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium. Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia


Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Lirik Lagu 1 Malaysia


Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Tahniah kepada pelajar SPM 2009

Filed under: by: Rohazila Yon

ANALISA KEPUTUSAN SPM SEJARAN 2005-2009
2005:69.9%
2006:58.7%
2007:60%
2008:73%
2009:75%

Tahniah kepada semua guru sejarah Ting 1 hingga Tingkatan 5,begitu juga semua guru dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Tanpa kerjasama,kejayaan tidak mungkin dicapai.

"Buku adalah kawan duduk yang tidak akan memujimu dengan berlebihan,sahabat yang tidak akan menipumu dan kawan yang tidak pernah membuatmu bosan. Dia adalah kawan yang bertolak ansur yang tidak akan menghalaumu,dia adalah tetangga yang tidak akan menyakitimu,dia adalah kawan yang tidak akan memaksamu mengeluarkan apa yang anda punyai. Dia tidak akan memperlakukanmu dengan tipu daya,tidak akan menipumu dengan kemunafikan dan tidak akan membuat kebohongan"

Ujian Formatif 1,Tingkatan 5 2010

Filed under: by: Rohazila Yon

Topik-topik penting
Bab 1 dan Bab 2
1. Soalan Objektif
2. Soalan struktur
3. Esei pendek
Arahan: Jawab semua soalan dan menggunakan kertas kajang sekolah

Tajuk-tajuk penting Sejarah 2009

Filed under: by: Rohazila Yon

Tajuk Tingkatan 4
Kerajaan Agraria
Teori Kedatangan Islam
Riwayat Hidup nabi
Kerajaan bani umaiyah dan Abbasyiah
Zaman Gelap
Zaman Renaissance dan penjelajahan

Tajuk Tingkatan 5
Pentadbiran barat
Perjuangan pemimpin tempatan dan gerakan nasionalisme
Kesultanan Melayu Melaka
Undang-undang Johor,Terengganu,Negeri 9
Prinsip demokasi
Pakatan murni
Kerajaan Persekutuan
Persekutuan Tanah Melayu 1958
Hubungan Antarabangsa
Cabaran Masa Depan