Showing posts with label Info Kemerdekaan. Show all posts
Showing posts with label Info Kemerdekaan. Show all posts

Friday, April 2, 2010

Tema Hari Kemerdekaan 2009 Ke 52

Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium. Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia


Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Lirik Lagu 1 Malaysia


Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Saturday, August 1, 2009

1 Malaysia

KETERANGAN LOGO 1 MALAYSIA

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Kata-kata Bestari Perdana Menteri berkaitan 1 Malaysia

”Kebesaran sesuatu bangsa adalah bergantung kepada tamaddunnya yang tinggi dan kebudayaan adalah pencerminan dari tamaddun ini. Kita di Malaysia ini mempunyai keistimewaan bukan saja dari sifat masyarakatnya yang berbilang bangsa tetapi pada hakikat bangsa-bangsa itu mempunyai warisan kebudayaan yang kaya dan tinggi mutunya”

Y.A.B. Tun Abdul Razak Bin Haji Hussien

Ucapan Perdana Menteri Menerusi Radio/TV Malaysia Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Kebangsaan, 31 Ogos 1973.

Lihat video lagu Satu Malaysia. Klik di sini

Friday, July 17, 2009

Tiada sambutan kemerdekaan tahun ini


KUALA LUMPUR - Jika anda berniat untuk merasai kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 pada tengah malam 31 Ogos nanti, mungkin hasrat itu terpaksa dilupakan seketika atau sekurang-kurangnya sehingga 2011.


Ia kerana acara yang dirai penuh meriah itu pada setiap 31 Ogos itu buat julung kalinya tidak disenaraikan di dalam kalendar rasmi perayaan Bulan Kemerdekaan pada Ogos sehingga September ini.


Sebaliknya, menurut laman web Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, beberapa acara bercorak keagamaan bakal disusun bagi mengisi program sambutan kemerdekaan negara yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadan.


Apa yang menarik, jadual beberapa acara sempena perayaan kemerdekaan negara kali ini juga dianjak lebih awal oleh Cawangan Acara dan Protokol, Bahagian Pengurusan Acara di kementerian tersebut sebagai menghormati bulan Ramadan.

Antaranya ialah Sayembara Puisi Merdeka di Ipoh pada 13 Jun, Pertandingan Kuiz Kemerdekaan 2009 di Melaka pada 9 Julai dan Pertandingan Akhir Debat Kemerdekaan Ala Parlimen di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai pada 18 Ogos.

Bulan Kemerdekaan yang pada kebiasaannya bermula dari 17 Ogos hingga 16 September turut tiada dalam kalendar acara anjuran kementerian itu kali ini. Ia sebaliknya diganti dengan Majlis Semarak Ramadan dan Gema Aidilfitri.